Sunday, June 12, 2011

Negara Berkebajikan turut fokus golongan muda



1) Golongan muda di negara ini tidak perlu ragu-ragu untuk menyokong PAS kerana agenda Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS meliputi kesemua golongan, dengan sebahagian daripadanya turut terfokus kepada golongan muda.
2) Antara fokus untuk golongan muda dalam agenda negara berkebajikan PAS termasuk usaha-usaha yang akan dilakukan bagi membolehkan mereka, termasuk lepasan universiti, mendapatkan pekerjaan.
3) Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menjelaskan, selain itu, antara agenda negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS akan turut berusaha mendapatkan rumah kepada golongan muda dan membantu para pelajar mendapatkan biasiswa.
4) Katanya, negara berkebajikan adalah penyusunan strategi PAS bagi melepaskan rakyat dari mengalami bebanan hidup dan ia akan dilaksanakan secara adil selaras dengan tuntutan Islam.
"Ini jelas menunjukkan golongan muda juga tidak diketepikan, sehingga tiada pihak yang terkecuali untuk menikmatinya," kata beliau lagi.
5) Sehubungan itu, beliau berharap agar golongan muda yang mewakili pengundi-pengundi muda turut bangkit bersama PAS untuk menerokai politik baru di tanah air.
"Jadi, kita amat berharap agar golongan muda akan turut meninggalkan politik fitnah dan politik penuh tipu daya yang diamalkan oleh Umno BN selama ini," kata beliau lagi.
6) Strategi PAS sekarang, tegasnya, adalah untuk mencipta satu gelombang kebangkitan untuk membolehkan PAS dan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya, bagi membolehkan agenda negara berkebajikan dilaksanakan di tanah air demi kepentingan negara dan seluruh rakyatnya.
7) Sejajar dengan itu, PAS pasti akan menggembleng seluruh tenaga dalam parti dengan turut memberikan ruang sewajarnya kepada Pemuda yang berkebolehan serta berkelayakan, dengan gabungan kalangan profesional, ulama dan aktivis yang terdapat dalam PAS sendiri.

Monday, June 6, 2011

Bukti kerajaan negeri Kelantan sudah lama amalkan konsep negara berkebajikan

 
Gambar di atas adalah di mana ADUN-ADUN PAS kawasan memberi kifalah kepada rakyat yang secara sukarela menyertainya.Inilah bujkti negara berkebajikan yang telah dilaksanakan di kelantan dan negeri2 pakatan rakyat

sudah jutaan ringgit yang kerajaan kelantan berikan kepada rakyat dalam skim kifalah,bukan hanya melayu islam yang sertai kifalah, tapi cina, siam dan india jugak sertai skim kifalah ini.

skim kebajikan kifalah diuruskan oleh kifalah sdn bhd , sebuah glc kerajaan negeri kelantan yang dikorporatkan untuk meningkatkan sumber daya dan keuntungan kepada rakyat kelantan. Malah skim kifalah kini turut dilaksanakan di kedah dan pulau pinang

Laman web rasmi kifaalah sila klik di www.kifaalah.com.my

Digali dari internet:

Sempena penyampaian sumbangan kifalah kepada wasi peringkat Negeri Kelantan pada 7 Februari 2010, di Padang Majlis Daerah Machang.

Firman Allah subhanahu wa taala," Maksudnya, "Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda, yang mana Allah telah menjadikan kamu sebagai wakil dalam menguasai dan menguruskannya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu, serta membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah), mereka tetap beroleh pahala yang besar."(Surah al-Hadid, ayat 7)

Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, salawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga baginda.

Tidak dilupakan doa kita kepada ibu bapa yang telah pergi lebih awal meninggalkan kita; semuga Allah mengampunkan mereka.

Alhamdulillah, bermula dengan belanjawan sejahtera tahun 2007, pihak Kerajaan Negeri telah memulakan program Takaful Warga Emas Kifalah.
Permulaannya, pihak Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak tiga juta ringgit (RM3 juta) untuk membiayai caruman kepada wasi. Dan terdapat kira-kira seratus empat puluh ribu (140,000) orang warga emas yang layak.

Pendekatan yang diambil, adalah wakil rakyat dan penghulu hendaklah terlibat aktif untuk mendaftar semua warga emas tersebut, tanpa mengira kaum dan fahaman parti politik.

Sasarannya adalah semua warga emas hendaklah didaftarkan ke dalam skim ini. Dengan harapan, sejumlah sumbangan daripada pihak kerajaan negeri dapat disalurkan kepada keluarga atau wasi bagi warga emas selapas kematian.

Sehubungan itu, skim takaful kifalah ini adalah tidak sama dengan skim takaful merdeka yang dianjur oleh satu pihak yang boleh disifatkan sebagai hangat-hangat tahi ayam, bermusim dan berniat memancing undi.

Oleh itu, pelan sumbangan yang kita perkenalkan ini adalah meletakkan harapan besar kepada penghulu untuk mendaftar warga emas dan pihak wakil rakyat sendiri boleh hadir menyumbang pendahuluan pada hari berlaku kematian. Selepas pihak pengurusan skim kifalah melunaskan baki, maka baki itu hendaklah terus disampaikan kepada wasi warga emas tersebut.

Untuk tempoh 2009 dan 2010 ini, pihak Kerajaan Negeri telah memperuntukkan cara penyampaian sumbangan secara serentak di peringkat negeri kepada semua wasi bagi warga emas berdaftar dan telah meninggal dunia.

Ia melibatkan sumbangan daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM4,080,000 (empat juta lapan puluh ribu ringgit) yang akan disumbangkan kepada 2,040 (dua ribu empat puluh) orang wasi dari semua 45 dewan undangan negeri di Kelantan. Ini bermakna setiap orang akan menerima sekeping cek bernilai RM 2,000 (dua ribu ringgit) seorang.

Presiden PAS - Mari Membangun Negara Berkebajikan

 
KUALA LUMPUR, 3 Jun - PAS mengajak semua rakyat negara ini untuk menjaga kepentingan mereka dengan menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat bagi Membangun Negara Berkebajikan di negara ini. 
 
Perkara ini dizahirkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar Muktamar PAS ke 57 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM) hari ini.

kerajaan Barisan Nasional gagal bina negara berkebajikan - Ilmuan/Pakar Media

KUALA LUMPUR: Pensyarah Kanan Jabatan pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, banyak dasar negara di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, gagal mencapai matlamat.

Dalam masa yang sama, katanya, kebajikan rakyat terus dipinggirkan seperti langkah penarikan balik subsidi, sekaligus bertentangan dengan hasrat negara mencapai status negara maju.

“Kita boleh lihat banyak dasar yang gagal, contohnya dasar perumahan negara. Rumah dibina, tetapi boleh ‘membunuh’ kita. Sistem pengangkutan awam teruk. Kadar jenayah meningkat.

“Walhal dengan takrif menuju negara maju, sepatutnya Malaysia telah lama menyelesaikan masalah ini. Takrif negara maju ialah kebajikan yang tak harus menjadi beban. Subsidi adalah kebajikan. Negara maju adalah negara mengutamakan kebajikan rakyatnya,” tegas Abu Hassan.

selamat datang

selamat datang